Penerbitan Teater | Pengarahan Teater | Penulisan Drama Pentas | Lakon Layar | Puisi | Lirik | Lagu | Ilustrasi | Grafik | Lukisan | Catan | Arca | Tugu | Lakonan | Tarian | Rekaan / Pembuatan Set & Prop | Skrin | Pentas

hubungi negrisamudra@gmail.com untuk berurusan.

Tuesday, December 11, 2012

Pasca Pementasan 'Le Jeu La Julia'


9 Disember lalu, berakhirlah pementasan 'Le Jeu La Julia'. Terima kasih dan tahniah kepada para pemeran - Wanji Zain, Nurbaya Hassan dan Azrul Azizi - kalian memang hebat. Hamba banyak belajar dari kalian. Terima kasih juga kepada Revolution Stage kerana memberi peluang dan ruang kepada Seni Suri Jawi untuk berkarya.

Para penonton budiman, apa saja yang terbit dari lidah kalian, ataupun dari tulisan di nota, blog, facebook dan twitter, hamba sedaya upaya mengutip satu per satu sebagai pita ukur kepada karya seterusnya. Oleh yang demikian, kedatangan kalian menonton pementasan amat dihargai. Terima kasih dan maaf atas kekurangan - ini saja yang mampu hamba tuturkan..

Selebihnya, biarlah hamba simpan dalam hati..

Insyaallah, mudah-mudahan tahun depan Negri Samudra Theatre Co. bekerjasama dengan The Actors Studio akan mempersembahkan 'SELAMAT HARI NATAL, NATALIE'.

Mudah-mudahan ALLAH setuju. :-)

~ keluar dari kelompok elit, dengan lafaz bismillah, melangkah ke ruang marhaen ~

Thursday, December 6, 2012

Kiss of The Spider Woman: Penjara & Karya

Dalam bekarya, biasanya, karyawan terikat dengan skrip, kaedah dan teori-teori. Kebiasaan ini menjadikan sesebuah karya itu tidak menarik dan 'mati'. Lakonan terutamanya, jika terikat dengan teknik dan kaedah, lakonan itu akan menjadi keras dan janggal - tidak 'natural'.




Dalam sesebuah naskah muzikal yang lengkap, terdapat cerita, set, watak perwatakan, katabual, nota pengarah, skor lagu dan lirik. Apabila ada kumpulan teater yang ingin mementaskan kembali naskah tersebut, perkara-perkara inilah yang menjadi rujukan.

Muzikal 'Kiss of The Spider Woman' akan dipentaskan di KLPAC bermula 7 Disember 2012 sehingga 16 Disember 2012. Selain dari terikat dengan naskah (termasuk skor dan lirik), muzikal ini akan menampilkan koreografi yang sangat menarik dan jauh berbeza dari pementasan asalnya.

LEX LAKSHMAN selaku koreografer, bertindak untuk tidak mahu terpengaruh dengan muzikal yang asal. Menurutnya, di dalam pementasan asal, mengambil tarian Latin sebagai asas koreografi. Untuk pementasan di sini, Lex mengangkat asas budaya di sini dan lebih bersifat bebas.

"Di dalam muzikal, hanya koreografi saja yang bebas berkarya dan tidak ada rujukan di dalam naskah. Kesempatan ini diambil untuk terus mengasah kreativiti saya untuk bebas berkarya." kata Lex.

Nampaknya, Lex seorang saja yang bebas dari penjara karya.

Namun, kepada peminat teater dan muzikal terutamanya, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan ini. Kepada yang pernah menonton filemnya atau membaca novelnya, inilah peluang kalian. Sila tempah tiket segera dan untuk maklumat lanjut mengenai persembahan, sila ke: