Penerbitan Teater | Pengarahan Teater | Penulisan Drama Pentas | Lakon Layar | Puisi | Lirik | Lagu | Ilustrasi | Grafik | Lukisan | Catan | Arca | Tugu | Lakonan | Tarian | Rekaan / Pembuatan Set & Prop | Skrin | Pentas

hubungi negrisamudra@gmail.com untuk berurusan.

Wednesday, November 14, 2012

AKAN DATANG Le Jeu La Julia


Sila ke laman Facebook #Bangkit Le Jeu La Julia untuk maklumat lanjut dan tempah tiket kalian segera.

Setelah mengharungi pelbagai dugaan - tempat pementasan (terutamanya), serta olahan skrip supaya pementasan ini lengkap, alhamdulillah, akhirnya 'Le Jeu La Julia' dpentaskan juga di Free.Space @ Kakiseni, SS Two Mall, Petaling Jaya.

5 Disember 2012 hingga 7 Disember 2012, teater ini dipentaskan pada jam 8.45pm. 8 Disember 2012 dan 9 Disember 2012 pula, pada jam 3.00pm dan 8.45pm.


Nota dari seorang Pengarah:

Semua orang bercinta. Tak terkecuali. Cuma mereka sedar atau tidak saja.


;-)

Thursday, November 8, 2012

Nadirah



Apabila kita bercakap soal kepercayaan, ianya kasat mata - tidak dapat dilihat nyata. Percaya - sesuatu yang ghaib. Percaya tidak dapat diterjemahkan oleh kata-kata. Hanya boleh kenal percaya melalui RASA. Berbahas soal kepercayaan dan memberi pakaian kepada kepercayaan, itu dikira masih berada di dalam khayalan. Di awang-awangan. Tak pasti. Tak benar.

Nadirah, tulisan Alfian Sa'at dan dipentaskan oleh Instant Cafe Theatre Company di bawah teraju utamanya - Jo Kukathas, sedang dipentaskan di Pentas 2, KLPAC, bermula 1 November lalu, ia akan berakhir pada 11 November ini. Bagi mereka yang masih belum ada kesempatan untuk menonton, sila lah, jangan malu-malu. Ia bagus untuk kalian semua. Tempah tiket sekarang. Semalam 'sold out'. Sila klik poster, ada nombor telefon Box Office KLPAC untuk tempahan tiket.

Saya masih mencari di mana silapnya atau disebabkan kesihatan saya kurang baik malam tadi, lalu membuatkan saya kurang terkesan oleh kata-kata yang dibahaskan dalam teater Nadirah. Apa yang saya dengar hanya pekik lolong perkataan-perkataan yang dituturkan telah memberi satu masalah dan perkataan-perkataan itu juga telah memberi satu persefahaman. Persefahaman dari segi teknikalnya lah (bukan teknikal lampu dan set, tetapi, teknikal naskah dan pengarahan). Ada sesuatu yang tidak ada di dalam pementasan ini - RASA.

Mungkin kerana para pelakon hanya melontar dialog, jadi dialog itu tiada 'weight'. Hanya kosong. Kecuali, babak cinta Robert dan Sahirah. Itu dapat dirasakan - ya, rasa ialah sesuatu yang tak boleh hendak digambarkan dan dituturkan (tabik untuk Patrick Teoh dan Neo Swee Lin). Jadi, untuk watak Nadirah memahami rasa itu - tiada di dalam cerita ini. Tiada satu sokongan yang kuat mengatakan Nadirah faham tentang rasa, lalu mendorong dia bersetuju di babak akhir.

Jika puisi Jalaluddin Rumi, yang dituturkan oleh watak Maznah telah memberi kesan kepada Nadirah dan Maznah sendiri - tidak juga. Rasa bukan bergantung pada puisi Jalaluddin Rumi. Rasa datang dengan sendiri di dalam diri, dan ditempuhi rasa itu sendiri. Bukan mengambil pengalaman orang lain.

Tajuk kepercayaan, bukanlah tajuk yang boleh dibahaskan. Islam bukanlah tujuannya hendak menjadi sekular. Islam bukanlah hendak mengongkong kehidupan. Islam tidak menangkan lelaki dan menindas wanita, malah Islam mengeji lelaki yang tidak memuliakan wanita. Islam menyuruh kita mengenal Hidup, baru kita faham apa itu kehidupan. Itu saja. Jika kita faham apa itu Cinta, apa itu Kasih & Sayang, baru lah kita faham apa sebenarnya batiniyah Mathnawi yang ditulis oleh Jalaluddin Rumi itu.

Jika sudah menyatu dengan Cinta, Kasih & Sayang, tiada apa lagi yang perlu diperbahaskan termasuk soal agama dan politik, malah diri sendiri juga sudah mati. Untuk mengenal Cinta, kita mesti mati. Jika kita masih lagi mengaku hak milik, contohnya : skrip ini kepunyaan aku, aku yang tulis; itu tandanya kita belum kenal Cinta. Kita perlu matikan diri dan serahkan segala pemilikan ini kepada Cinta - Tuhan yang Maha Esa. Itu yang dimaksudkan oleh Jalaluddin Rumi.

Rumi tidak pernah memaksudkan negara di dalam puisinya sebagai negara, dan padang hijau sebagai padang hijau. Negara dari maksud Rumi ialah tanah jasad iaitu zahiriyyah atau jasmani tubuh badan. Padang hijau pula dimaksudkan sebagai tanah hati iaitu batiniyyah atau rohani jiwa. Begitu juga jika Rumi menulis rumah dan penghuninya. Rumah itu jasad, penghuni itu jiwa. Rosak penghuni, rumah tak berseri. Itulah pembayang maksud dalam kesenian sufi. Kata Rumi, "Seni tidak berdiri di atas agama dan pemerintah. Seni berdiri dengan sendiri." Jadi, kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan 'Seni berdiri dengan sendiri'.

Mungkin itulah tujuan Alfian Sa'at dalam naskahnya ini, tetapi naskah ini gagal memberi jawapan yang mudah dan konkrit. Nadirah tidak memberi satu jawapan, tetapi merumitkan keadaan kerana tidak dinyatakan dengan betul. Jangan melihat zahir semata. Perlu diingat, setiap yang zahir, ada batinnya.

"Islam bukan terletak pada kerudung.." ~Syeikh Siti Jenar~

Wednesday, November 7, 2012

Tepuk Amai Amai



Jumaat ini, 9 November 2012, bermulalah persembahan kedua dalam BANGKIT - 'Tepuk Amai Amai', bertempat di Auditorium KBS (Kementerian Belia & Sukan), Presint 4, Putrajaya, jam 8.30 malam. Untuk makluman lanjut, sila rujuk #Bangkit Tepuk Amai Amai @ Facebook.

Sesiapa yang merasakan dirinya inteligen di Kementerian Pelajaran, luangkanlah masa kalian untuk datang menonton teater ini. Teater ini bukanlah tujuannya hendak mengondem sistem pendidikan (walaupun sebenarnya ya), tapi inilah suara-suara mereka yang berada di bawah sistem pendidikan sedia ada.

Membacakan tagline nya saja (... lenguh menepuk tak pandai pandai) sudah membuatkan saya berfikir panjang. Tapi saya dinasihatkan supaya jangan banyak fikir, maka saya abaikan lah. Orang lain boleh tolong fikirkan.

Jangan lupa, datang tengok!