Penerbitan Teater | Pengarahan Teater | Penulisan Drama Pentas | Lakon Layar | Puisi | Lirik | Lagu | Ilustrasi | Grafik | Lukisan | Catan | Arca | Tugu | Lakonan | Tarian | Rekaan / Pembuatan Set & Prop | Skrin | Pentas

hubungi negrisamudra@gmail.com untuk berurusan.

Tuesday, May 21, 2013

lakaran 'paint' : RIAK GELOMBANG


Apa yang paling sukar ketika melukis ini? Riak-riak gelombang airnya.... Begitulah gelombang diriku yang sukar untuk dikawal sehingga tak sejati.

Lakaran 'paint' : SENGIT


Dunia ni sememangnya penjara. Kalau boleh tinggalkan dunia, memang lama aku pilih. Bagaimana untuk menjadi seorang yang menerima apa saja di dunia ini tanpa ketidakpuasan hati?

Memang sengit....

Lakaran 'Paint' : LANGIT MERAH


Khusus saya hasilkan untuk teater 'Perang Terakhir'. Mendengarkan tajuknya, inilah gambaran saya. Kebetulan pada 21 Mei 2013, langit senjanya berwarna merah membakar seperti perang.

Kepada pasukan Revolution Stage, selamat berjaya....

Lakaran 'Paint' : TANAH JAWI


Jika bendera Tanah Jawa ialah Sang Saka - Merah dan Putih bererti Perang atau Damai, bendera Tanah Jawi pula Hijau dan Putih bererti Islam Suci.

Tanah Jawa ialah pusat pemerintahan dan ketenteraan, manakala Tanah Jawi pusat ilmu.

Begitulah yang diceritakan.....

Monday, April 29, 2013

TEATER : PERANG TERAKHIR


REVOLUTION STAGE dengan kerjasama MORNE ART GALLERY
membawakan

sebuah naskah dan sutradara oleh
KHAIRUNAZWAN RODZY

diperankan oleh

AZMAN HASSAN | SHARIFAH ALEYA | AMERUL AFFENDI

-----------------------------------------------------------------------


23 & 24 Mei 2013, 8.30pm
26 & 26 Mei 2013, 3.00pm / 8.00pm

MORNE ART GALLERY
Tingkat 10, Menara Mara, Jalan TAR, Kuala Lumpur

RM25

Maklumat lanjut :
Facebook Teater Perang Terakhir

Wednesday, April 17, 2013

Jual Diri


Salam semua,

Saya perlukan pekerjaan. Berikut ialah senarai bidang yang pernah saya ceburi dan berpengalaman. Jika ada di antara bidang yang kalian berkenan di hati untuk memanggil saya bekerja, segera hubungi saya di negrisamudra@gmail.com

Terima kasih.

;-)

*******


PENGARAHAN DAN PENULISAN DRAMA PENTAS :
  • Selamat Hari Natal Natalie (2013)
  • Le Jeu La Julia (2012)
  • Beng Hock (2012)
  • Kassim Selamat Tidak Buta Sabariah Benar-benar Mati(2012)

PENULISAN DRAMA PENTAS :
  • Tattoo Gestapo (2012)
  • Saksi (2003)
  • Gedebe / Episod Terakhir Caesar (2000)

LAKON LAYAR :
  • Perempuan, Hantu & Skandal (filem pendek Ridhwan Saidi)
  • Episod Jongkang-Jongkit (Trinini Media / Astro Warna)

LAKONAN :
  • Episod Juvana (sbg. Tony, Filmscape / TV3, 2011)
  • Filem Bunohan (sbg. Kruba, Aparat Pictures, 2010)
  • Episod Dendam Kesumat (sbg. Raja Ahmad, MHZ / Astro Citra, 2010)
  • Episod Tangkal Besi (sbg. Ker, Red Films / Astro Citra, 2009)
  • Episod Korban 44 (sbg. Anjang, MHZ / Astro Citra, 2008)
  • Filem Karaoke (sbg. Bak, Tanjung Aru Pictures, 2008)
  • Filem Bernafas Dalam Lumpur (sbg. Meor, Doghouse73 / RedComm, 2007)
  • Filem Monday Morning Glory (sbg. Mangga, Da Huang Pictures / Red Films, 2005)
  • Teater Ratna Kadhal (sbg. Nasir, Revolution Stage, 2012)
  • Teater Bilik Sulit (sbg. Inspektor Polis, Teater Bukan Teater, 2008)
  • Teater Operasi Oktober (sbg. Hariry, Five Arts Centre, 2008)
  • Teater Menunggu Godot (sbg. Estragon, Universiti Bangsar Utama, 2003)
  • Teater Alang Rentak Seribu (sbg. Long, Istana Budaya, 2003)

REKAAN SET & PROPS :
  • Filem Bunohan (2010, Pembantu Set Dresser)
  • Dokumentari Halal World (2010, Propmaster)
  • Dokumentari Adat Pepatih (2010, Propmaster)
  • Teater Miss Julie (2007, UM @ Taman Budaya KL)
  • Teater Dejavu (2005, Istana Budaya)
  • Teater Lorong Neraka (2004, Yayasan Seni Karya Prihatin @ MTC)
  • Teater Medea (2003, ASK @ MTC)

SET ARTIST (VISUAL MERCHANDISE) :
  • Viva Home Senior Visual Merchandising Executive (2011-2012)
  • CNE Services Part Timer Set Artist (2008-2010)
  • Rum Jungle Bar & Restaurant Set Artist (2004-2008)

*Pakar dalam ukiran styrofoam dan poly-urethene.

Wednesday, April 3, 2013

REVOLUTION STAGE DAN ANUGERAH

Syabas REVOLUTION STAGE yang melangsungkan projek 'Pentas Balik' persembahan teater dari projek 'Bangkit' tahun lalu. Walaupun kalian tiada tajaan yang besar dan pentas yang gempak, kalian tetap bersemangat dan 'enjoy' melakukan. Hanya satu sebab - seronok dan ikhlas. Soal bayaran itu langsung tidak terlintas dalam otak kalian. Bagus. Aku sejujurnya memuji.

Tahniah Khairunazwan Rodzy yang dicalonkan untuk kategori Skrip Asal Terbaik (Senapas) Anugerah Boh Cameronian. Revolution Stage membawa teater Senapas, Ramleefestasi dan Le Jeu La Julia yang juga dicalonkan untuk kategori pilihan penonton dalam anugerah yang sama.

Namun, anugerah bukanlah matlamat mereka.

Tahniah sekali lagi.

Wednesday, March 20, 2013

SELAMAT HARI NATAL - NATALIE : Pasca





Antara babak-babak SELAMAT HARI NATAL -NATALIE ketika pementasan di penangpac, 14 - 17 Mac 2013 lalu.

Terima kasih yang tak terhingga kepada : 

Natalie Heng, Azman Hassan, dan Azzad Mahdzir;

Boy, Kapak, Lawrence, Michael Thomas, Ran, Jack, Ijam, Cash dan Ken;

Publicist, Box Office & FOH klpac dan penangpac;

Wartawan-wartawan & Jurnalis-jurnalis;

Wanji Aswandi, Khir Rahman, Azrul Azizi dan Siti Fatimah

dan

Siti Nurbaya

JASA DAN TUNJUK AJAR KALIAN AMAT BERMAKNA. Pengalaman manis dan pahit, kami telan saja sebagai pedoman hari muka....

MAAFKAN KAMI atas kesilapan dan kekurangan. Maafkan kami....

Sunday, March 3, 2013

NATALIE KE PULAU PINANG



The Actors Studio Seni Teater Rakyat
mempersembahkan

sebuah produksi
Negri Samudra Theatre


"SELAMAT HARI NATAL - NATALIE"

Azman Hassan | Natalie Heng


Tulisan & Sutradara
Hariry Bin Jalil


14 Mac 2013 - 16 Mac 2013
8.30 pm

16 Mac 2013 - 17 Mac 2013
3.00 pm


Stage 2 penangpac


RM 33
Dewasa

Friday, January 11, 2013

Teater : SELAMAT HARI NATAL - NATALIE



The Actors Studio Seni Teater Rakyat
mempersembahkan

sebuah produksi
Negri Samudra Theatre


"SELAMAT HARI NATAL - NATALIE"

Azman Hassan | Natalie Heng


Tulisan & Sutradara
Hariry Bin Jalil


14 Februari 2013 - 16 Februari 2013
8.30 pm

16 Februari 2013 - 17 Februari 2013
3.00 pm


Pentas 2 klpac


RM 33 Dewasa

Tuesday, December 11, 2012

Pasca Pementasan 'Le Jeu La Julia'


9 Disember lalu, berakhirlah pementasan 'Le Jeu La Julia'. Terima kasih dan tahniah kepada para pemeran - Wanji Zain, Nurbaya Hassan dan Azrul Azizi - kalian memang hebat. Hamba banyak belajar dari kalian. Terima kasih juga kepada Revolution Stage kerana memberi peluang dan ruang kepada Seni Suri Jawi untuk berkarya.

Para penonton budiman, apa saja yang terbit dari lidah kalian, ataupun dari tulisan di nota, blog, facebook dan twitter, hamba sedaya upaya mengutip satu per satu sebagai pita ukur kepada karya seterusnya. Oleh yang demikian, kedatangan kalian menonton pementasan amat dihargai. Terima kasih dan maaf atas kekurangan - ini saja yang mampu hamba tuturkan..

Selebihnya, biarlah hamba simpan dalam hati..

Insyaallah, mudah-mudahan tahun depan Negri Samudra Theatre Co. bekerjasama dengan The Actors Studio akan mempersembahkan 'SELAMAT HARI NATAL, NATALIE'.

Mudah-mudahan ALLAH setuju. :-)

~ keluar dari kelompok elit, dengan lafaz bismillah, melangkah ke ruang marhaen ~

Thursday, December 6, 2012

Kiss of The Spider Woman: Penjara & Karya

Dalam bekarya, biasanya, karyawan terikat dengan skrip, kaedah dan teori-teori. Kebiasaan ini menjadikan sesebuah karya itu tidak menarik dan 'mati'. Lakonan terutamanya, jika terikat dengan teknik dan kaedah, lakonan itu akan menjadi keras dan janggal - tidak 'natural'.




Dalam sesebuah naskah muzikal yang lengkap, terdapat cerita, set, watak perwatakan, katabual, nota pengarah, skor lagu dan lirik. Apabila ada kumpulan teater yang ingin mementaskan kembali naskah tersebut, perkara-perkara inilah yang menjadi rujukan.

Muzikal 'Kiss of The Spider Woman' akan dipentaskan di KLPAC bermula 7 Disember 2012 sehingga 16 Disember 2012. Selain dari terikat dengan naskah (termasuk skor dan lirik), muzikal ini akan menampilkan koreografi yang sangat menarik dan jauh berbeza dari pementasan asalnya.

LEX LAKSHMAN selaku koreografer, bertindak untuk tidak mahu terpengaruh dengan muzikal yang asal. Menurutnya, di dalam pementasan asal, mengambil tarian Latin sebagai asas koreografi. Untuk pementasan di sini, Lex mengangkat asas budaya di sini dan lebih bersifat bebas.

"Di dalam muzikal, hanya koreografi saja yang bebas berkarya dan tidak ada rujukan di dalam naskah. Kesempatan ini diambil untuk terus mengasah kreativiti saya untuk bebas berkarya." kata Lex.

Nampaknya, Lex seorang saja yang bebas dari penjara karya.

Namun, kepada peminat teater dan muzikal terutamanya, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan ini. Kepada yang pernah menonton filemnya atau membaca novelnya, inilah peluang kalian. Sila tempah tiket segera dan untuk maklumat lanjut mengenai persembahan, sila ke: 


Wednesday, November 14, 2012

AKAN DATANG Le Jeu La Julia


Sila ke laman Facebook #Bangkit Le Jeu La Julia untuk maklumat lanjut dan tempah tiket kalian segera.

Setelah mengharungi pelbagai dugaan - tempat pementasan (terutamanya), serta olahan skrip supaya pementasan ini lengkap, alhamdulillah, akhirnya 'Le Jeu La Julia' dpentaskan juga di Free.Space @ Kakiseni, SS Two Mall, Petaling Jaya.

5 Disember 2012 hingga 7 Disember 2012, teater ini dipentaskan pada jam 8.45pm. 8 Disember 2012 dan 9 Disember 2012 pula, pada jam 3.00pm dan 8.45pm.


Nota dari seorang Pengarah:

Semua orang bercinta. Tak terkecuali. Cuma mereka sedar atau tidak saja.


;-)

Thursday, November 8, 2012

Nadirah



Apabila kita bercakap soal kepercayaan, ianya kasat mata - tidak dapat dilihat nyata. Percaya - sesuatu yang ghaib. Percaya tidak dapat diterjemahkan oleh kata-kata. Hanya boleh kenal percaya melalui RASA. Berbahas soal kepercayaan dan memberi pakaian kepada kepercayaan, itu dikira masih berada di dalam khayalan. Di awang-awangan. Tak pasti. Tak benar.

Nadirah, tulisan Alfian Sa'at dan dipentaskan oleh Instant Cafe Theatre Company di bawah teraju utamanya - Jo Kukathas, sedang dipentaskan di Pentas 2, KLPAC, bermula 1 November lalu, ia akan berakhir pada 11 November ini. Bagi mereka yang masih belum ada kesempatan untuk menonton, sila lah, jangan malu-malu. Ia bagus untuk kalian semua. Tempah tiket sekarang. Semalam 'sold out'. Sila klik poster, ada nombor telefon Box Office KLPAC untuk tempahan tiket.

Saya masih mencari di mana silapnya atau disebabkan kesihatan saya kurang baik malam tadi, lalu membuatkan saya kurang terkesan oleh kata-kata yang dibahaskan dalam teater Nadirah. Apa yang saya dengar hanya pekik lolong perkataan-perkataan yang dituturkan telah memberi satu masalah dan perkataan-perkataan itu juga telah memberi satu persefahaman. Persefahaman dari segi teknikalnya lah (bukan teknikal lampu dan set, tetapi, teknikal naskah dan pengarahan). Ada sesuatu yang tidak ada di dalam pementasan ini - RASA.

Mungkin kerana para pelakon hanya melontar dialog, jadi dialog itu tiada 'weight'. Hanya kosong. Kecuali, babak cinta Robert dan Sahirah. Itu dapat dirasakan - ya, rasa ialah sesuatu yang tak boleh hendak digambarkan dan dituturkan (tabik untuk Patrick Teoh dan Neo Swee Lin). Jadi, untuk watak Nadirah memahami rasa itu - tiada di dalam cerita ini. Tiada satu sokongan yang kuat mengatakan Nadirah faham tentang rasa, lalu mendorong dia bersetuju di babak akhir.

Jika puisi Jalaluddin Rumi, yang dituturkan oleh watak Maznah telah memberi kesan kepada Nadirah dan Maznah sendiri - tidak juga. Rasa bukan bergantung pada puisi Jalaluddin Rumi. Rasa datang dengan sendiri di dalam diri, dan ditempuhi rasa itu sendiri. Bukan mengambil pengalaman orang lain.

Tajuk kepercayaan, bukanlah tajuk yang boleh dibahaskan. Islam bukanlah tujuannya hendak menjadi sekular. Islam bukanlah hendak mengongkong kehidupan. Islam tidak menangkan lelaki dan menindas wanita, malah Islam mengeji lelaki yang tidak memuliakan wanita. Islam menyuruh kita mengenal Hidup, baru kita faham apa itu kehidupan. Itu saja. Jika kita faham apa itu Cinta, apa itu Kasih & Sayang, baru lah kita faham apa sebenarnya batiniyah Mathnawi yang ditulis oleh Jalaluddin Rumi itu.

Jika sudah menyatu dengan Cinta, Kasih & Sayang, tiada apa lagi yang perlu diperbahaskan termasuk soal agama dan politik, malah diri sendiri juga sudah mati. Untuk mengenal Cinta, kita mesti mati. Jika kita masih lagi mengaku hak milik, contohnya : skrip ini kepunyaan aku, aku yang tulis; itu tandanya kita belum kenal Cinta. Kita perlu matikan diri dan serahkan segala pemilikan ini kepada Cinta - Tuhan yang Maha Esa. Itu yang dimaksudkan oleh Jalaluddin Rumi.

Rumi tidak pernah memaksudkan negara di dalam puisinya sebagai negara, dan padang hijau sebagai padang hijau. Negara dari maksud Rumi ialah tanah jasad iaitu zahiriyyah atau jasmani tubuh badan. Padang hijau pula dimaksudkan sebagai tanah hati iaitu batiniyyah atau rohani jiwa. Begitu juga jika Rumi menulis rumah dan penghuninya. Rumah itu jasad, penghuni itu jiwa. Rosak penghuni, rumah tak berseri. Itulah pembayang maksud dalam kesenian sufi. Kata Rumi, "Seni tidak berdiri di atas agama dan pemerintah. Seni berdiri dengan sendiri." Jadi, kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan 'Seni berdiri dengan sendiri'.

Mungkin itulah tujuan Alfian Sa'at dalam naskahnya ini, tetapi naskah ini gagal memberi jawapan yang mudah dan konkrit. Nadirah tidak memberi satu jawapan, tetapi merumitkan keadaan kerana tidak dinyatakan dengan betul. Jangan melihat zahir semata. Perlu diingat, setiap yang zahir, ada batinnya.

"Islam bukan terletak pada kerudung.." ~Syeikh Siti Jenar~

Wednesday, November 7, 2012

Tepuk Amai Amai



Jumaat ini, 9 November 2012, bermulalah persembahan kedua dalam BANGKIT - 'Tepuk Amai Amai', bertempat di Auditorium KBS (Kementerian Belia & Sukan), Presint 4, Putrajaya, jam 8.30 malam. Untuk makluman lanjut, sila rujuk #Bangkit Tepuk Amai Amai @ Facebook.

Sesiapa yang merasakan dirinya inteligen di Kementerian Pelajaran, luangkanlah masa kalian untuk datang menonton teater ini. Teater ini bukanlah tujuannya hendak mengondem sistem pendidikan (walaupun sebenarnya ya), tapi inilah suara-suara mereka yang berada di bawah sistem pendidikan sedia ada.

Membacakan tagline nya saja (... lenguh menepuk tak pandai pandai) sudah membuatkan saya berfikir panjang. Tapi saya dinasihatkan supaya jangan banyak fikir, maka saya abaikan lah. Orang lain boleh tolong fikirkan.

Jangan lupa, datang tengok!

Saturday, October 27, 2012

Teater Sederhana


Pada 1 November hingga 2 November 2012, akan berlangsung Festival Teater Pendek 15 minit anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada 8 skrip yang telah memenangi Pertandingan Menulis Skrip Drama Pendek, juga anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka akan berentap. Format festival lebih kurang sama dengan Short+Sweet yang sedang berlangsung di Pentas 2, klpac. Ini satu inisiatif yang baik dari sebuah agensi kerajaan untuk menggalak dan memperkembangkan lagi aktiviti teater Melayu di Malaysia.


Teater Melayu, tidak lagi dilihat sebagai sebuah pementasan yang mesti berunsurkan ekstravaganza, spektakular, berskala besar dan berdurasi 2 jam untuk sesebuah pementasan. Seperti yang saya wartakan pada artikel sebelum ini, kadangkala pementasan berdurasi 10 minit ini lebih memberi kesan dari persembahan yang berjam-jam lamanya.

Apa yang ingin saya katakan, tidak salah jika kita saling belajar antara satu sama lain. Jika tiada yang buruk, takkan ada yang elok. Jika tiada yang bodoh, takkan ada yang bijak. Itu lumrah dan fitrah alam di mana segalanya berpasangan dan saling memerlukan. Tidak perlulah kita menghina mana yang rosak, dan tidak perlulah kita terlampau memuji mana yang sempurna.

Untuk belajar, saya sarankan supaya peserta yang bertanding di dalam Festival Teater Pendek 15 Minit, moleklah jika luangkan masa untuk menonton Short+Sweet di klpac. Begitu juga sebaliknya, peserta Short+Sweet pada minggu hadapan, boleh lah datang menonton di Auditorium DBP. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dari situlah kita pilih untuk dijadikan KESEDERHANAAN.

Ehem, di Short + Sweet minggu akhir ni, ada sebuah kumpulan dari India - Stray Factory, dengan persembahan mereka bertajuk 'My Name Is Cine.. Ma!'. Saya rasa berat sebelah pula tatkala menulis ini, tapi inilah kenyataan yang mesti diterima. Sebuah persembahan yang bertenaga, dan cukup segala RASA (dalam tempoh 10 minit!). Ia bukan lah persembahan yang mati, di mana gerak pelakon tidak ada niat dan motivasi dan ucapan dialog yang semata-mata untuk que kepada Pengurus Pentas. Sebagai contoh kepada persembahan yang menusuk kalbu, inilah dia!

Jadi, jangan lah malu sangat. Mari lah datang menonton!

:-)

Tuesday, October 9, 2012

Short + Sweet Malaysia 2012



Lupakan saja berita politik dungu yang sedang berlaku di Malaysia. Berita politik akan membuatkan kalian hidup tertekan dan mengundang ramai musuh. Apa kata kalian hiburkan hati dengan menonton.

Menonton Short + Sweet Festival yang berlangsung di Pentas 2 The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) sejak 19 September 2012 lalu, adalah sebuah pengalaman yang menarik. Festival yang berlangsung selama 6 minggu ini dibahagikan kepada 4 kategori - Komedi, Muzikal, Tari dan Teater. Sila rujuk link Short + Sweet di atas, untuk mengetahui jadual persembahan. Ketika rencana ini ditulis, sedang berlangsung Minggu Tari Kumpulan Kedua. Ada 8 persembahan. Dengarnya ada persembahan kuda kepang - wow!

Persembahan pendek dan padat, selama 10 minit - ianya menguji kekuatan para peserta yang disertai oleh pelbagai tahap aktivis seni persembahan, sama ada profesional, amatur, pelajar dan ada juga peserta yang baru saja mengenal apa itu seni persembahan. Jadi, tak usah meletak harapan yang menggunung tinggi jika mahu menonton festival ini. Jika mahu membandingkannya dengan persembahan profesional yang penuh artistik lagi intelektual, lupakan saja. Tetapi, adakalanya, secara tidak sedar, ada dari persembahan-persembahan 'ringkas dan manis' ini lebih hebat dari persembahan besar lagi gempak! Percayalah.

Saya berani janji, kalian takkan merasa bosan yang terlalu lama (jika ada persembahan yang bosan) dan dinamik tontonan kalian akan sentiasa hidup grafnya. Kepada pelajar, digalakkan datang menonton. Bukan senang kita dapat peluang menonton lebih dari lima persembahan pada satu malam. Dari sini kita belajar, jika mahu libatkan diri secara serius dalam bidang seni persembahan.

Oh, lupa. Jangan terlalu cepat menghukum tajuk festival ini dalam bahasa Inggeris, maka penonton Melayu tidak layak untuk datang. Jangan sesekali. Ada juga persembahan dalam bahasa Melayu, malah bahasa Tamil juga. Gerak tari tak perlukan bahasa percakapan pun! Bahasa bukanlah ukuran. Rasa yang perlu kita ambil dan jadikan tauladan. Rasa, perasaan - tidak kenal bahasa dan bangsa.

Akhir kata - datang menonton dan undi. Kalian akan dapat coklat Van Houten yang sedap!

;-p

Saturday, October 6, 2012

Ratna Kadhal (Cinta Ratna)


Revolution Stage dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara & Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mempersembahkan projek #BANGKIT Lima Persembahan :-

"Ratna Kadhal"
karya dan arahan Khairunazwan Rodzy

19 Oktober 2012 8.30pm
20 Oktober 2012 - 21 Oktober 2012 3.30pm & 8.30pm

Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Tiket RM20

*Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.