Penerbitan Teater | Pengarahan Teater | Penulisan Drama Pentas | Lakon Layar | Puisi | Lirik | Lagu | Ilustrasi | Grafik | Lukisan | Catan | Arca | Tugu | Lakonan | Tarian | Rekaan / Pembuatan Set & Prop | Skrin | Pentas

hubungi negrisamudra@gmail.com untuk berurusan.

Thursday, December 6, 2012

Kiss of The Spider Woman: Penjara & Karya

Dalam bekarya, biasanya, karyawan terikat dengan skrip, kaedah dan teori-teori. Kebiasaan ini menjadikan sesebuah karya itu tidak menarik dan 'mati'. Lakonan terutamanya, jika terikat dengan teknik dan kaedah, lakonan itu akan menjadi keras dan janggal - tidak 'natural'.




Dalam sesebuah naskah muzikal yang lengkap, terdapat cerita, set, watak perwatakan, katabual, nota pengarah, skor lagu dan lirik. Apabila ada kumpulan teater yang ingin mementaskan kembali naskah tersebut, perkara-perkara inilah yang menjadi rujukan.

Muzikal 'Kiss of The Spider Woman' akan dipentaskan di KLPAC bermula 7 Disember 2012 sehingga 16 Disember 2012. Selain dari terikat dengan naskah (termasuk skor dan lirik), muzikal ini akan menampilkan koreografi yang sangat menarik dan jauh berbeza dari pementasan asalnya.

LEX LAKSHMAN selaku koreografer, bertindak untuk tidak mahu terpengaruh dengan muzikal yang asal. Menurutnya, di dalam pementasan asal, mengambil tarian Latin sebagai asas koreografi. Untuk pementasan di sini, Lex mengangkat asas budaya di sini dan lebih bersifat bebas.

"Di dalam muzikal, hanya koreografi saja yang bebas berkarya dan tidak ada rujukan di dalam naskah. Kesempatan ini diambil untuk terus mengasah kreativiti saya untuk bebas berkarya." kata Lex.

Nampaknya, Lex seorang saja yang bebas dari penjara karya.

Namun, kepada peminat teater dan muzikal terutamanya, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan ini. Kepada yang pernah menonton filemnya atau membaca novelnya, inilah peluang kalian. Sila tempah tiket segera dan untuk maklumat lanjut mengenai persembahan, sila ke: